FOLLOWERS SAYANG :DDD

01 March 2016

promo promo promo

siapa suka promosi angkat tangan!

Assalamualaikum dan hai! Harinih sistur nak cerita pasal barang promosi kihkih, tapi pertama-tamanya harap maklum bahawa sistur bukan kerja mahupun dibayar untuk mempromosi tapi sistur rasa bertanggungjawab untuk mensebarkan berita promo ni bagi kaum-kaum kita semua dapat penjimatan sebanyak 105% muahahahah!

Haritu masa nak balik UUM lepas habis cuti sem, drop by kampung dulu semalaman sebab barang-barang semua tinggal kampung. Balik berdua je dengan ayah, jadi I ajaklah ayah I pergi Aeon Klebang yang masih baruuuuuu tuh saja-saja nak cuci mata tengok apa yang ada kan. Ayah bagi masa sejam je so memang tak sempatlah nak membeli ke hapa so I decide nak window shopping je lagipun ehems mana ada I duit nak shopping-shopping dekat kedai-kedai berjenama tu kan kihkih.

Sambil-sambil cuci mata tengok apa yang ada, I masuk dalam SASA. Sebab yelah, I punya azam tahun ni kan nak start belajar dan ambil tahu pasal skin care :P Maklumlah usia dah lanjut kawan-kawan sekeliling I semua dah pakat nak kahwin dah. Seriau jugak takut-takut I membujang sampai ke tua sebab lepas I buat observation, depa yg dah/ nak kahwin awal ni semua fuhh cecantik belaka. Pesen memang jaga muka jaga kulit jaga badan, so no wonderlah bersusun yang nak. I? Pergi mandi pantai pun takda heran nak apply sunblock. Padanlah sunburn pun kalah member yang baru habis kem Palapes. Memang tak cantik, KAHKAHKAH.

Jadi I pergilah tinjau-tinjau dekat bahagian Face Mask, tengok-tengok depa tengah buat promosi Face Mask , Set Combo 10 keping mask dengan harga RM19.90! Harga asal bagi mask-mask yg promo tu dalam RM4.90 - RM6.90 jadi lepas ligat otak sistur mengira, jatuhlah RM2 bagi sekeping mask tersebut. Tanpa buang masa I terus grab dia punya bakul lepastu dengan rakus terus pilih dengan random dan membabi buta. I beli 1 set je sebab yelah, takda duit kan. Karang balik U makan megi je kakaka.

Lepas beli terus je I laju-laju bagitahu dekat geng-geng Joyah suruh pergi beli cepat-cepat takut terlepas promo tapi rupa-rupanya benda ni promo sampai 31 Mac 2016. Jadi adalah lebih kurang sebulan lagi kan, nak kumpul duit pun sempat lagi kihkih.

Okay nah, ni antara mask-mask yg aku pilih secara membabi buta tuh:

  

 
















 



Nah ambik kau. Dasar perempuan tamak betul kan. Eh.


Hampa kalau ghajin pi la dok dengaq explainantion daripada pekerja kedai tu tiap-tiap mask fungsi untuk apa sekian sekian. Aku tak rajin dan tak banyak masa nak bercanda sedemikian rupa :')

Selain tu, ada jugak barang promo lain. Maklumlah orang perempuan ni pantang nampak promo laju je terus grab kan kihkih ;P




 Face Mist. Selain boleh bertindak sebagai toner, face mist ni juga dikatakan anti-aging ;p



Wet Tissue Makeup Remover pun aku dok sapu sebab yelahkan tak kuasa pulak rasanya tiap kali keluar nak bawak liquid punya makeup remover siap kapas lagi. Jadi bagi aku, wet tissue macam ni sangat memudahkan kerja aku nak cuci makeup waktu nak solat hihi.

Rasanya tu je aku nak share. Dah baibai!




09 November 2015

bila nak habis ni?

hari ini
satu gudang stor yang dah lama aku tutup
ketat-ketat dan rapat- rapat
tiba-tiba
terbuka luas.

ah celakanya.

masalah dia,
siapa yang buka?
bangang tu datang dari diri sendiri, Najwa.

benda yang dah habis bertahun
berdekad, berabad lamanya
datang lagi hari ini
ya, 9 November 2015.

how I wish
someone could sweep out
all the memories
and never
bring it back
again

again

and

again

f for you


05 November 2015

Sementara tunggu kain siap basuh.

Assalamualaikum & hi!

Apa khabar semua? Kihkih ye tahu, memang bersawang-sawang dah blog ni semenjak ditinggalkan terbengkalai setahun yang lepas. Janganlah kecam sis!

Okay sebenarnya dalam diam-pejam celik dah dua bulan aku menetap dekat bumi Kedah ni. Rasa macam lama dah, tapi hek eleh baru dua bulan je kihkih. Dia punya kecoh macam dua tahun! Yes, mesti engkorang pun macam tak percaya kan. Sebab last aku update dulu-dulu semua pasal sekolah dan hostel. Tiba-tiba eeeeeh dah sambung degree dah budak ni? Kihkih. Haaa kan, aku pun macam biasalah-- macam tak percaya je kadang-kadang; bila bangun pagi tu bukan kena siap-siap sarung baju sekolah kaler putih tu tapi kena pilih baju kurung nak pergi kuliah.

Sebenarnya lepas SPM dua tiga tahun yang lepas, aku sambung tingkatan enam. Duduk tingkatan enam setahun setengah lepastu almost 9 months menganggur and now here I am; Universiti Utara Malaysia, Kedah. Gila kau, aku tak pernah imagine aku akan sambung degree macamni punya jauh dia selatan ke utara duh. Paling-paling jauh pun aku target UPSI je tapi rupa-rupanya tersasar 300km+- lagi jauh. Takpalah, apa-apapun aku dah redha dah tercampak jauh dekat bumi Kedah ni sebab kalau nak memberontak pun, takat berapa jam sangatlah nak bentak-bentak lepastu macamlah UPU nak bagi aku universiti dan kos yang aku nak, kan? Jadi sejurus selepas keluar result UPU tu aku nangis (sikitlah) then terus muhasabah diri; tiap-tiap kejadian tu Allah dah susun cantik-cantik dia punya flow dan hikmahnya. 


Sepanjang dua bulan dah aku dekat Sintok ni aku baru sekali je balik Johor. Kihkih itu pun sebab cuti Aidiladha. Gais pleaselah, takkan you expect I nak stay sini je tak balik beraya dekat rumah nun jauh di Johor? Sedangkan budak-budak Chinese & Indian pun balik tau, kasi can la bro. Dan sebenarnya kurang 12 jam dari sekarang aku akan naik KTM dan balik Johor sebab cuti midsem muehihi! Itu yang dia punya excited tu sampai tak reti nak tidur malam ni. Siap time-time macamnilah tiba-tiba datang mood nak update blog. Nampak tak betapa rindu aku dengan Johor ni gais, nampak tak? Kihkih.



So far banyak kali jugaklah aku dah outing dan bazirkan duit secara pukal walaupun hakikatnya takdalah apa sangatpun yang nak di-shopping-kan ke misalnya sebab, seriously Yong Peng tu doblas kali ganda maju banding dengan pekan Changlun ni. *insert emoji menangis dan dua-tiga ketul tahi*


First Outing:
Pergi Changlun, naik bas universiti pastu takpayah bayar tambang ke apa ke sebab free je. Selain daripada niat nak tengok-tengok apalah yang ada dekat Changlun Mart ataupun dikenali sebagai C Mart ni, aku dengan Tambi masing-masing nak beli barang. C Mart ni takda apa pun, takpayahlah gambar cuba engkorang google sendiri je kihkih.

Second Outing:
Jitra. Kalau nak bandingkan dengan Changlun, kiranya Jitra ni lagi maju sikitlah sebab dia ada J Mall. Perbezaan dia cumalah mart dan mall sahaja. Time ni pergi naik kereta sapu. RM25 sehala so pergi balik RM50 beb bapaaaaaaak mahal kan. Nasib baik pergi 4 orang so bolehlah tong-tong kan. J Mall ni ada wayang, so hari tu aku dengan Tambi duk buang duit pi tengok Maze Runner. Tiket wayang pun mahal. RM15 sekepala kalau tak silap aku *crying emojis*



Waktu di Jitra. Gambar tempat tak penting, yang penting tu muka-muka kami ni ehems. So sebelah kiri tuTambi & yang kanan tu Ifa. Ifa ni roomate I, kihkih. Tambi tu siapa yang tak kenal kan zz zzzz


Third Outing:
Padang Besar - Alor Star - sesat sampai Pendang - Jitra - Changlun. 
Fuhhh tak cukup senafas nak sebut. Time ni akak senior (ehems) bawak aku dengan Tambi jalan-jalan sebab kebetulan malam tu kitorang nak balik raya so sekali jalanlah berjalan dengan dorang. Keluar dari pukul 9 pagi sampai 9 malam only cost us RM100 (car's rent and petrol of courseeee) so basically sorang cuma keluar RM25 saja dan weh jimat and totally worth it!



Hidup SEGA! Hujung kiri tu Tambi (Tambi lagi zz zzzz), Alya & Nurin ni sebaya dengan aku cuma dorang ni kira seniorlah sebab masuk last year hihi. Gambar ni diambil dekat Padang Besar dimana pada ketika itu gua telah terbeli skirt tie-dye dan cardigan labuh tsk tsk T__T


Fourth & Fifth outing:

Alor Star dan Padang Besar lagi sebab selain dua tempat ni memang tak ada lagi tempat lain yang boleh dituju :')


Waktu ni otw ke Aman Central. Punyalah excited sebab Aman Central ni satu-satunya mall yang gempakzzzzz dekat Kedah dan by the time we went there, it was just a week after the opening lepastu ATM pun takda lagi sampai kena jalan kaki pergi cucuk duit dekat bangunan sebelah :') Next time I pergi Aman Central I upload gambar Aman Central okay!


Waktu ni paling sendu-- bila belum sempatpun keluar dari kampus tetiba kereta dah mati sebab takda minyak ya ampun nasib baiklah owner kereta tu baik gila siap bagi kami minyak free :')

Dahlah cukuplah tu. Taip punya taip tak sedar kain aku yang pergi hantar basuh tadi dah siap lama dah lepastu  takut nak pergi turun ambik sebab roomate dah lama belayar so esok pagi sebelum kelas la baru ambik jawabnya T__T 

Semoga esok matahari muncul dan tak hujan sebab baju aku kena kering sebelum aku gerak balik Johor haha :')

Selamat malam gais!