FOLLOWERS SAYANG :DDD

16 March 2013

Homemade Pizza!

Assalamualaikum.
Harini ; Homemade pizza.

Entah kenapa tekak aku ni nak pizza. Mengada betei haha. Baiklah baiklah, kali ni resepi aku ambil drpd FiqaJamingon :'D

Mudah aja buat pizza ni weheee ^______^ Cuma tang yang menguli tepung tu aku lemah sikit bhaha. Siapa-siapa nak muscle berketul kat tangan, jangan risau. Takperlu ke gym pun takpe. Hari-hari uli tepung, konfirm keluar muscle tu lalala~

Ok, ni resepinya ;
by Pizza Daging - FiqaJamingon (Sila click untuk ke blog beliau!)
(aku copy-paste-kan disini)


Bahan doh:
500g tepung roti(Fiqa guna tepung blue key halus lagi putih)
10g yeast/mauripan
1tbs gula
1/2tbs garam
1cawan air suam
sedikit oregano
1tbs butter/olive oil

Larutkan serbuk yeast/mauripan di dalam cawan berair suam.
Kacau dan biarkan hingga berbuih dalam masa 10minit.
Kemudian campurkan dengan gula dan kacau lagi.
Masukkan tepung , garam dan oregano ke dalam bekas.
Gaul rata.
Masukkan air bancuhan tadi dan uli doh tersebut sehingga lembut.
Jika kurang air, tambah air, jika terlebih air tambah tepung.

Macam tak biasa pula, hehe.

Uli sehingga lembut, letak butter/olive oil dan uli semula.
Tutup doh dengan kain basah.
Biarkan selama 1jam.
Doh akan bangkit/naik/ehem-ehem/janji naik.


Ini doh yg dah siap di uli.

Bahan toping:
Sos tomato 
Sos cili
Daging kisar
Hot dog
Isi ketam
Oregano
Cendawan butang
Mozarella/Parmesan

Sapu rata sos tomato & sos cili.
Tabur daging kisar.
Bakar 20minit/180'C
Tabur hot dog,isi ketam, cendawan butang dan oregano.
Tabur keju.
Bakar 10minit/180'C

Siap!




So ini hasilnya!

Kalau penggila cheese boleh tabur penuh-penuh cheese tu weheeee ^_______^
Dah. Selamat mencuba!

Assalamualaikum!




No comments: