FOLLOWERS SAYANG :DDD

28 May 2013

Kek Batik Terpaling Senang dalam Dunia!

Assalamualaikum. Lamanya tak menulis di blog. Minta maaflah sayangku, nanti I buang habuk2 dan sawang2 yang ada ni ya :D

Ok jom buat kek batik. Sangat senang okay. Masak atas api dan sejukkan. Masa yang diambil tak sampai setengah jam pun. Jangan risau kalau rumah takda oven ke apa ke, because we don't need oven to make this cake :)

Things needed;

1) 1 packet of 'Biscuit Marie'
2) 1 small packet of Milo
3) A cup of sweetened creamer
4) 3 tbs of coco powder / 2-3 sticks of nescafe
5) A 250g of butter

Aceceh. bajet speaking la pulak. Haahahah *mengada

Cara-cara ;

1) Patahkan biskut Marie tadi kepada 4 bahagian dan ketepikan.
2) Cairkan butter dalam periuk, atas api.
3) Apabila butter dah cair sepenuhnya, masukkan secawan krimer manis/ susu pekat.
4) Sentiasa kacau dgn senduk supaya cecair tersebut tidak 'bergentel'
5) Boleh masukkan sepeket milo dan beberapa stik nescafe tadi dan kacau. Kacau sampai sebati.
6) Masukkan biskut yang telah dipatah-patahkan tadi dalam periuk.
7) Gaulkan sehingga semua bahagian biskut kena pada cecair tadi.
8) Masak sebentar atas api. Jangan lama sangat, agak2 biskut dah lembut tu cukuplah wehihihi.
9) Masukkan dalam bekas & tekan2 pakai sudu, supaya dia mampat.
10) Simpan dalam peti ais sekurang2nya 4 jam.

Lepas 4 jam, keluarkan dari peti ais dan boleh makan! Yeayyyyy sangat senang, kan?

Tips untuk kek batik yang 'lembut' ;
- Lemaukan biskut terlebih dahulu
- Simpan dalam peti ais beku dan keluarkan setengah jam sebelum dihidangkan.

Kalau nak kek batik yang rangup2, boleh simpan dalam peti ais bawah ja :)

Sebenarnya, kek batik ni ada macam2 versi. Ada yang menggunakan telur, dan macam2 lagi. Minta maaflah tiada gambar. Awak google je la wehihihi!

Ok, selamat mencuba!

Till then, Semoga berjumpa lagi dalan siaran akan datang. WAHAHAHAHAHAH
Ok berangan T_T

Bubye kawan2. Assalamualaikum :)


No comments: