FOLLOWERS SAYANG :DDD

02 July 2013

Letak tajuk sendiri, gua busy ni.

Ok macam ni cerita dia. 

Pernah tak, bila kau suka dekat orang, lepastu kau rasa macam ; 
"Takpalah. Biarlah dia bahagia walaupun bukan dengan aku. Takpalah."

TIPU. 
Kau tipu. Tipu diri sendiri. Kantoi pulak tu. 
Lepastu bajet-bajet gagah. Konon 'I'm fine' je sentiasa. Lastnya, lari masuk bilik, selubung bawah selimut sambil menangis. 
Berlagak sangat kan. Haaa. 

Sampai bila nak macam ni? Sampai bila? 

Biasanya benda macam ni jadi dekat perempuan je. Lelaki dia rilek je. Semalam clash, esok lusa dah berkepit dengan makwe lain. Rebound katanya. Eh, no offense please. 

Em. Apa yang aku nak cuba sampaikan ni sebenarnya?

Takpayah nak bakar sangat segala sisa-sisa kenangan yang ada tu. Kau ingat lepas kau bakar semua barang-barang/ kenangan yang kau ada tu, boleh buat kau lupakan dia? Tak payah. Sia-sia je.

Dalam kepala otak engkau orang tu. Dalam hati engkau orang tu. Ada ke butang 'love' dan 'unlove'? Bila kau rasa kau suka, kau hidupkan butang 'love'. Bila kau rasa dah menyampah, kau tekan pulak butang 'unlove' tu. 

Kalaulah semudah itu...

Hati kita ni, siapa yang jaga?
Mintak pada Dia. Serahkan semua pada Dia. 
Kembali pada sang Pencipta. 

Bukak buku baru. 
Busy kan diri. Elakkan ada masa senggang. Sebab, kalau ada masa senggang ni, mula la seth tan ni nak masuk line. Buat kau rasa sedih manjang. Dah nama pun seth tan, memang perangai pun seth tan la kan. 

Yang dah lepas, biarkan. Kita kejar masa depan. 

Kan dah serah pada Sang Pencipta tadi? Just chill. 
Kalau betul ada jodoh, lari la sejauh mana pun. Lost contact lah beribu tahun pun. Kalau Allah kata 'dia' memang jodoh engkau, maka itu lah dia. 

Fight what Worth.
And I am very sure, here is a part of HIS plans.
A plan that so big, and so Perfect.
That every smile and tears you make, there's always a Wisdom. 

Jangan risau. Teruskan perjalanan. 
Menoleh ke belakang itu perlu, tapi bukan untuk di ratapi setiap masa. 

"Jadi, kau masih nak tunggu? Atau nak berhenti dan pandang kiri kanan? Mana lah tahu, ada yang menunggu." 
Soalan yang berlegar dalam otak. 
Tapi, Thom Yorke cakap, true love waits. Entahlah. 
-Zaffe, Terfaktab Zine.

Dah. Jangan nak terasa sangat. This is a random post. 
Kalau tak makan cili, mana nak datangnya pedas tu kan?

Semoga Allah redha. 
Assalamualaikum.

p/s : Tajuk tu aku tiru Brader Leplep. Kakaka :P


No comments: