FOLLOWERS SAYANG :DDD

20 August 2013

syukur.

Sedang engkau leka--
Membuang masa.
Melakukan perkara lagha.
Meninggalkan yang disuruh.
Malah begitu asyik melakukan apa yang dilarang.


DIA--
Tanpa engkau sedari--
Sedang melakukan kerjanya.
Memakbulkan tiap bait kata yang engkau MINTA--


Masihkah engkau mahu mengeluh tidak adil?


Bersabarlah.
Benda 'best' takkan datang ; bergolek-golek dalam sekelip mata.
Tanpa pengorbanan dan usaha.
Tanpa komitmen dan kesungguhan.
Walau sedikit pun yang dikorban serta dicurahkan usahanya--
Pasti akan ada bahagiannya :)


Percaya.
Percaya hanya padaNYA.


Belajar bersyukur.
Tentang apa yang telah diberikan, sedang, dan akan diberikan--
Yakinlah bahawa DIA sebaik-baik perancang.
Dan ingatlah bahawa--

Janji Sang Pencipta itu PASTI :)

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
(Hasbunallahu wani'mal wakeel)
"Allah is sufficient for us and He is the Best Guardian". 

Random thought.
Assalamualaikum.
:)



1 comment:

Wan Nurfatin Farhana said...

Hasbunallah wani'mal wakiil..AllahuAkbar. bersabarlah menunggu ketentuanNya. ketentuan Ilahi sentiasa membawa ke arah kebaikan.. ^_^