FOLLOWERS SAYANG :DDD

22 July 2014

friendzoned.

Macamnilah.

Adik-adik tahu tak apa itu friendzoned? Haaa kalau tak tahu tu maknanya takpelah, awak boleh je alihkan pandangan mata awak ke arah kanan, atas sikit dan tekan lah butang "X" tu. Sebab sesungguhnya kandungan coretan ini adalah 18sx sekian terima kasih.

Macamni lah.

Main tarik tali ni memang seronok, masing-masing macam memalu kucing gitewww. Tapi yang masalahnya bila-- engkau tak sedar sebenarnya engkau sorang je yang separuh mati tarik tali, tapi pihak satu lagi ikutkan je rentak kau sebab yelah, kawan kan. Apa salahnya nak bergurau sweet-sweet emmm amboiiii!

Macamni lah.

Aku-- sebagai penonton setia drama engkorang ni nak jugak beri nasihat. Sebab yelah, hak bersuara tu kan hak asasi manusia, ye dak? Lagipun, kita kan kaaaaawaaaaaaaaaaaaan? *virtual hugs* Jadinya saya amat berbesar hati jika anda (dan pasangan-tarik-tali anda) supaya dont be offended please. Terimalah dengan hati yang terbuka, okay?

Macamni lah.

Semuanya pun bermula dengan berkawan. Orang kata, tak kenal, maka tak cinta, ye dak? Dah kenal, barulah boleh bercinta. Friendzone ni jadi bila dalam fasa berkawan tu, engkau tiba-tiba angau semacam. Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah, asyik teringatkan je si kawan tu haa. Biasanya perempuanlah yang cepat perasan dulu. Tapi ingat, lelaki pun apa kurangnya, sebenornya kaum lelakilah yang mempelopori bidang friendzone ni ehem hikhik!

Mintak maaf cakap, tapi tolonglah ingat ye wahai lelaki-lelaki, kalau hang takda niat nak meneruskan fasa kawan kepada fasa bercinta tu, baiklah jangan beri harapan langsung dekat kawan perempuan tu. Bukan apa, perempuan ni kan jiwanya rapuhhhh emmmm macam makan kuih raya yang rapuh tu. Bila bukak mulut hambik kau menyembur satu rumah. Baju kotor, muka ada malu. Lagu mana?

Macamni lah.

Yang paling penting, pandai-pandailah kawal hati masing-masing. Jangan si kawan tu caring lebih sikit je terus jatuh cinta. Padahal bagi pihak dia, sebab yelah, kawan kan. Mestilah caring. Mestilah balas mesej. Mestilah temankan bila engkau ajak teman. Mestilah tolong bila kau mintak tolong, kadang-kadang engkau tak mintak tolong pun besar hati sungguh dia nak tolong. Sebab yelah, kawan kan. 

Ini-- bila ditanya sebelah pihak kemain sibuk rindulah, sibuk kan sangat dengan kawan dia tu. Tapi pihak satu lagi rilek je, "Eh taklah. Frankly speaking, kitaorang kawan jelahhhhh." 

Ah sudah.

Siapa yang nak dipersalahkan?

Tell me, lepas tahu kau kena friendzone-- masih sedap dan lazat ke kalau nak kawan seperti biasa? Konfirmlah satu pihak dah mulalah nak mengelak antara satu sama lain. Dah tak bertegur. Dah tak rapat. Dah tak kawan langsung pun boleh jadi.

Fiendzone-- percayalah, dua kali engkau sakit. 1 - sakit sebab kena friendzoned. 2 - sakit sebab terus rasa awkward dengan persahabatan yang telah dibina.

Fikir-fikirkan lah ye wahai sahabat.

Dah. Gua nak buka puasa ni kbye.



No comments: