FOLLOWERS SAYANG :DDD

23 August 2014

Dah. Aku sudah.

Buka mata luas-luas.

Kita sama sudah tiada rasa dalam dada.
Yang tinggal hanya karat, hodoh. Dan rapuh.

Tapi kenapa tidak seorang berani bersuara?
Atau kita sama mahu tolak hakikat?

Bukan engkau tak nampak
Bukan engkau tak sedar
Bukan engkau tak peduli
Terlalu luas calar cela engkau puncanya aku.

Jangan jahanam sebab aku.
Cukuplah aku bergelumang dosa diri sendiri.
Aku tak mampu nak tanggung sama dosa yang dicatat puncanya, akar umbinya dari aku.

Dah. Aku sudah.

No comments: