FOLLOWERS SAYANG :DDD

02 September 2014

Letak tajuk sendiri, gua busy ni!

Beb.
Kau ada boyfriend? Or.. skandal? Erm atau pun, seseorang yang istimewa? Senang kata engkau ada kesayangan tak?


Fuhhhhh. Korang tak jawab pun aku tau tu semua pakwe makwe keliling pinggang, tak muat siap sumbat dalam poket lagi.


Macam ni lah.
Akak umur baru 19.
Tapi rasa nak bagi nasihat lah sikit-sikit ye, boleh?


Ni akak nak cakap sikit pasal yg ada kesayangan tu-- haaa.
Sayang tak? Eh mestilah sayang kan.
Macamnilah.


Kalau sayang dia, set him/her free.
Atau dalam bahasa mudahnya, takpayahlah ikatkan hubungan apa2 dengan dia. Yelah, kan dah cakap tadi set them free.


Eh jap cop cop.

Erm ni yang kalau yg ada boyfriend tu-- lain ceritalah. Pandai-pandai lah engko pakwe makwe setel sendiri ye.


Haaa sambung balik.

Meh akak cerita lebih terperinci--
Macamni..


Awak seelok-eloknya biarkan jelah dia nak ada girlfriend ke, skandal ke affair ke-- sukahati dia lah.
Ingat je benda ni ;

"Kalau Tuhan memang dah cakap engkau ni jodoh aku-- lari la jauh-jauh, beribu kali tukar girlfriends ke, putus getback putus getback sekalipun;
you'll be mine. Forever."

Lantaklah dia dah beribu kali tukar girlfriends ke apa ke, kita pun tak payah demand sangat, macamlah kita ni cukup perfect jauh lebih baik dari dia. Entah-entah sama, dua kali lima je.


Kan dah selalu jadi ayat cliche ustak dan ustajah fesbuk serta twitter;


"Lelaki yang baik itu untuk perempuan yg baik dan lelaki yg jahat itu untuk perempuan jahat."

jadi, doa jelah.
Tak payah dok sesakkan otak meroyan sana-sini. Sebab kau kena ingat, segala yg jadi atas muka bumi ini adalah kehendak Tuhan. Tuhan yang Maha Esa. Macam mana engkau nak sekalipun dekat dia, macam mana kukuhnya cinta engkorang, kalau Dia kata tidak; maka anak dara tualah kau.


doa. Kan dah cakap doa tu senjata mukmin. Adik-adik tahu ke apa itu mukmin? Haaa kalau mukmin pun taktau, tak layak lah engkorang ni nak bercinta sekalipun. Kan ustajah ustajah sekolah agama selalu cakap, sebelum sayang makhluk ciptaan Tuhan, kita kena kasihkan cinta pada Pencipta kita dulu. Haih adik-adik sangat tauuuuuu.


Bukan susah mintak Doa. Tuhan Maha Pemurah. Tapi, kalau engkau nak mintak pun malas-- takkan rezeki nak datang bergolek je ye dak?


Mintak. Bila kita mintak, Tuhan mesti beri; tak kira lambat atau cepat, sesungguhnya perancangan Dia lebih baik.


Buang jelah semua negative thoughts tu. Tak ada faedah pun. Buat busuk diri sendiri je.
Okay?


Cukuplah tazkirah ustajah harini.
Sesungguhnya yang baik datang dari Tuhan.


Adios! xx

No comments: