FOLLOWERS SAYANG :DDD

01 March 2016

promo promo promo

siapa suka promosi angkat tangan!

Assalamualaikum dan hai! Harinih sistur nak cerita pasal barang promosi kihkih, tapi pertama-tamanya harap maklum bahawa sistur bukan kerja mahupun dibayar untuk mempromosi tapi sistur rasa bertanggungjawab untuk mensebarkan berita promo ni bagi kaum-kaum kita semua dapat penjimatan sebanyak 105% muahahahah!

Haritu masa nak balik UUM lepas habis cuti sem, drop by kampung dulu semalaman sebab barang-barang semua tinggal kampung. Balik berdua je dengan ayah, jadi I ajaklah ayah I pergi Aeon Klebang yang masih baruuuuuu tuh saja-saja nak cuci mata tengok apa yang ada kan. Ayah bagi masa sejam je so memang tak sempatlah nak membeli ke hapa so I decide nak window shopping je lagipun ehems mana ada I duit nak shopping-shopping dekat kedai-kedai berjenama tu kan kihkih.

Sambil-sambil cuci mata tengok apa yang ada, I masuk dalam SASA. Sebab yelah, I punya azam tahun ni kan nak start belajar dan ambil tahu pasal skin care :P Maklumlah usia dah lanjut kawan-kawan sekeliling I semua dah pakat nak kahwin dah. Seriau jugak takut-takut I membujang sampai ke tua sebab lepas I buat observation, depa yg dah/ nak kahwin awal ni semua fuhh cecantik belaka. Pesen memang jaga muka jaga kulit jaga badan, so no wonderlah bersusun yang nak. I? Pergi mandi pantai pun takda heran nak apply sunblock. Padanlah sunburn pun kalah member yang baru habis kem Palapes. Memang tak cantik, KAHKAHKAH.

Jadi I pergilah tinjau-tinjau dekat bahagian Face Mask, tengok-tengok depa tengah buat promosi Face Mask , Set Combo 10 keping mask dengan harga RM19.90! Harga asal bagi mask-mask yg promo tu dalam RM4.90 - RM6.90 jadi lepas ligat otak sistur mengira, jatuhlah RM2 bagi sekeping mask tersebut. Tanpa buang masa I terus grab dia punya bakul lepastu dengan rakus terus pilih dengan random dan membabi buta. I beli 1 set je sebab yelah, takda duit kan. Karang balik U makan megi je kakaka.

Lepas beli terus je I laju-laju bagitahu dekat geng-geng Joyah suruh pergi beli cepat-cepat takut terlepas promo tapi rupa-rupanya benda ni promo sampai 31 Mac 2016. Jadi adalah lebih kurang sebulan lagi kan, nak kumpul duit pun sempat lagi kihkih.

Okay nah, ni antara mask-mask yg aku pilih secara membabi buta tuh:

  

 
















 



Nah ambik kau. Dasar perempuan tamak betul kan. Eh.


Hampa kalau ghajin pi la dok dengaq explainantion daripada pekerja kedai tu tiap-tiap mask fungsi untuk apa sekian sekian. Aku tak rajin dan tak banyak masa nak bercanda sedemikian rupa :')

Selain tu, ada jugak barang promo lain. Maklumlah orang perempuan ni pantang nampak promo laju je terus grab kan kihkih ;P




 Face Mist. Selain boleh bertindak sebagai toner, face mist ni juga dikatakan anti-aging ;p



Wet Tissue Makeup Remover pun aku dok sapu sebab yelahkan tak kuasa pulak rasanya tiap kali keluar nak bawak liquid punya makeup remover siap kapas lagi. Jadi bagi aku, wet tissue macam ni sangat memudahkan kerja aku nak cuci makeup waktu nak solat hihi.

Rasanya tu je aku nak share. Dah baibai!




No comments: